Wednesday, April 10, 2013

Kebangkitan rakyat, Pekan akan tumbang

PEKAN 10 APRIL: Fariz Musa percaya Datuk Seri Najib Razak boleh ditewaskan melalui semangat kebangkitan rakyat dan pergolakan dalaman Umno BN di Parlimen Pekan.
“Saya mempunyai keyakinan tinggi apabila melihatkan sokongan akar umbi dan kita lihat kebangkitan rayat ada untuk memastikan BN tumbang.

“Senario semasa menyaksikan gerakan Umno di Pekan agak perlahan, kita nampak dan ia beri isyarat baik kepada Pakatan,” katanya selepas pengumuman sebagai calon Parlimen Pekan, malam tadi.
Pada PRU 1999, Najib nyaris tewas dan cuma menang dengan majoriti 241 undi, malah ramai berpendapat  kemenangan itu hasil ‘peranan’ undi pos.
fz
Tekad melawan habis-habisan, Ketua Koordinator Jingga 13 itu menyifatkan beliau menggalas tanggungjawab besar untuk memastikan kempen besar-besaran bagi mengalahkan Najib.

Mengenai kemungkinan Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) bertanding, Fariz memberi bayangan supaya mereka menarik diri.
“Atas prinsip demokrasi, mereka berhak menyertai pilihan raya. Dan, kita tidak ada masalah.
“(Tapi) kita percaya rakyat Pekan punya kematangan yang baik dan memilih sistem dua parti iaitu antara Pakatan lawan BN dan Pakatan.
“Harapan kita, GM13 ambil sikap lebih positif, matang dan profesional bagi memasti kita bersama-sama sebab kita ada matlamat sama untuk tumpaskan Najib dan Umno BN,” katanya.
Untuk tonton rakaman, KLIK INI.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:

Post a Comment