myMetro 10 April 2013
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Petaling Jaya: Berpantang ajal sebelum maut. Itu dialami seorang
lelaki yang terselamat biarpun ditetak lebih 30 kali dengan parang oleh
empat lelaki bertopeng yang memecah masuk kedai motosikal miliknya di
Jalan PJS 1/26, di sini.
Akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu,
mangsa yang berusia 40 tahun menerima 27 jahitan di kepala, tangan
kanannya hampir putus, selain kecederaan teruk di belakang badan akibat
tetakan bertubi-tubi.
Selepas mangsa rebah dan tidak sedarkan diri, kumpulan penjenayah
terbabit melarikan wang tunai dan barangan berharga dianggarkan bernilai
RM50,000.
Seorang pekerja mangsa yang dikenali sebagai Low, 33, berkata majikannya kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan akan menjalani pembedahan susulan dalam masa terdekat.
Seorang pekerja mangsa yang dikenali sebagai Low, 33, berkata majikannya kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan akan menjalani pembedahan susulan dalam masa terdekat.
RAKAMAN CCTV menunjukkan keadaan kedai mangsa yang berselerak selepas dipecah masuk.
Menceritakan kejadian, Low berkata, keempat-empat penjenayah itu yang menaiki sebuah pacuan empat roda memecah masuk ke dalam kedai tanpa mengetahui mangsa masih berada di situ.
No comments:
Post a Comment