3 April 2013
Hassnar
Ibrahim (bekas DO Sandakan) merupakan individu yang bertanggungjawab
mendedahkan perihal projek IC dan rusuhan di Sabah angkara Tun Mahathir,
telah hilang dan tidak dapat dikesan. Beliau bersama isterinya telah
menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari Ahad dan kemudian langsung
tidak dapat dihubungi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kebimbangan
terhadap keselamatan Hassnar dan isteri di atas situasi ini. Kedudukan
Pak Hassnar mungkin berbahaya kepada pihak tertentu kerana pendedahan
sensasi yang dilakukan khususnya memetik Tun Mahathir sebagai dalang
pemberian IC kepada warga asing di Sabah yang menjurus kepada berlakunya
pencerobohan Lahad Datu.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu petang tadi.
Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

No comments:
Post a Comment