MCA
tidak menurunkan dua personaliti penting partinya - bekas presiden Ong
Tee Keat dan Naib Presiden Gan Ping Sieu - dalam pilihan raya umum 5 Mei
ini.
Naib Presiden Dr Ng Yen Yen juga mengesahkan beliau turut tidak diturunkan.
Keputusan menggugurkan Ong dan Gan ini dimaklumkan oleh pegawai di ibu pejabatnya hari ini kepada akhbar Cina yang sedang menyediakan edisi petang akhbar masing-masing.

Perkara tersebut telah disahkan berdasarkan senarai calon yang telah dikeluarkan oleh ibu pejabat parti itu lewat petang ini.
MCA dimaklumkan tentang pilihan Presiden BN Datuk Seri Najib Razak itu pagi ini.
Dalam perkembangan lain, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek mengesahkan parti itu akan bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri.
Ini bermaksud MCA kini kurang tiga kerusi berbanding 2008. Tiga kerusi itu adalah Gelang Patah, Kuantan dan Wangsu Maju.

No comments:
Post a Comment