Monday, April 8, 2013

Johari Abdul kekal calon KEADILAN bagi Parlimen Sungai Petani

(Oleh Nazar Hashim)
KEDAH 8 APRIL: KEADILAN mengekalkan Datuk Johari Abdul sebagai calon bagi kerusi Parlimen Sungai Petani (P15) pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Pengumuman dibuat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Bandar Laguna Merbok, malam tadi.
Johari Abdul 
Dalam PRU 2008, Johari menewaskan calon dari Umno BN, Datuk Seri Zainuddin Maidin dengan majoriti 9,381 undi.
Beliau memperolehi 33,822 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 24,441 undi.
Sebelum menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari pernah bertanding di Parlimen sama pada 1999 dan PRU 2004 bagi DUN Bakar Arang tetapi tewas kepada calon BN.
Terdahulu, Anwar mengumumkan jurutera muda, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Merbok bagi mempertahan kerusi yang dimenangi pada PRU 12. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

No comments:

Post a Comment