Harakahdaily
Salmiyah Harun, | 28 Apr 2013 |
PUTRAJAYA: Calon
PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir
Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk
kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di
Putrajaya.
Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana masalah di negeri itu masih tidak selesai.
"Saya datang ke sini bukan sebagai orang Kelantan tetapi, sebagai rakyat Malaysia," tegas Husam dalam sidang medianya lewat petang tadi.
Malah Husam turut membidas Tun Mahathir yang wajar pulang ke Kedah negeri asalnya manakala Datuk Najib Tun Razak pula kembali ke Pahang.
"Kalau saya kena balik Kelantan, Tun pun kena balik Kedah, Datuk Najib kena balik Pahang. Kalau semua orang kena balik negeri masing-masing, jadi tidak ada orang yang hendak bertanding di sini.
"Tengku Adnan sendiri, dia rasa dia orang tempatan, tetapi dia bukan orang tempatan dia daripada Melaka, rumah dia di Jalan Duta, itupun dia ada rumah di sini. Kalau saya menang esok, saya sewa rumah di sini tidak jadi masalah," ujar Husam.
Dalam ceramah umum 'Pertahankan Putrajaya' di sini semalam Tun Mahathir menyuruh Husam kembali ke Kelantan dan memperbetulkan negeri itu dengan membina pejabat dan rumah-rumah yang sempurna untuk rakyat dan penjawat awam sehingga berjaya.
Apabila berjaya, kata Tun Mahathir, Husam boleh minta diberi peluang bekerja di Putrajaya tetapi bukanlah sebagai Perdanan Menteri.

Tang ni saya tak setuju dengan Husam....Kalau Tuan diminta balik Kelantan, Mahathir perlu balik Kerala tanah tumpah darah ayahanda Kutty........kah kah kah.....
ReplyDeleteSetuju bebenor. Orang kelantan balik Kelantan, orang Kerala mesti balik ke tanah tumpah darah nenek moyangnya.
Delete