Monday, April 29, 2013

Lelaki potong tangan sendiri kerana mahu tuntut insurans

 
 Seorang lelaki di Sepanyol nekad memotong tangannya sendiri. Dia melakukan itu agar mendapat wang ganti rugi dari pihak insurans .
“Klaim lelaki itu terasa sangat aneh. Dia mengaku tangannya putus dalam kemalangan kereta,” ujar Ketua Penyiasat Kecelakaan Sepanyol Jose Luis Nieto, seperti dikutip Telegraph, Sabtu (27/4/2013).

“Tetapi ketika diperiksa, luka potongan itu terlalu halus jika memang disebabkan oleh kecelakaan,” lanjut Nieto. Nieto tidak menyebut nama lelaki yang mengajukan klaim tersebut. Dia hanya kata peristiwa itu terjadi tahun lalu.

Sepanyol memang sedang dilanda krisis ekonomi parah. Sekira 27 persen warga Sepanyol kini menganggur sehingga tidak punya cukup wang untuk membiayai hidupnya.

Nieto mengatakan ada sekira 150 ribu klaim insurans  yang diperiksa tim penyiasat di Sepanyol tahun lalu. Namun kisah lelaki yang memotong tangannya sendiri itu adalah yang paling mengejutkan.
Sumber : okezone.com

No comments:

Post a Comment