April 28, 2013
Kehangatan PRU ke-13 semakin dirasai. Sebentar tadi berlaku sedikit kekecohan di Twitter apabila Norman Abdul Halim membuat satu kenyataan melalui Twitter’nya bahawa jika PAS memimpin negara ini, industri filem dan muzik di Malaysia akan hancur. Kenyataan ini menimbulkan kemarahan banyak pihak yang menyangkal dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.
Ramai
yang berpandangan, sesiapa pun yang memerintah Malaysia, ianya tidak
memberi kesan kepada industri filem dan muzik di Malaysia jika ianya
benar-benar bagus. Penggiat filem dan muzik di Malaysia sepatutnya terus
mencuba menghasilkan sesuatu yang bagus dan boleh dibanggakan bukan
membabitkan siapapun yang memerintah negara ini.
Kita ambil satu
contoh seperti Yuna yang kini sudahpun menempatkan namanya di US. Itu
buktinya, kalau penghasilan industri yang berlaku di negara ini bagus,
maka sesiapapun yang memerintah tidak akan memberi kesan melainkan
kerana bakat anak seni itu sendiri. Pendek kata, kalau betul hebat dan
berbakat tentu boleh pergi jauh. Bukan mencari salah pihak lain atas
kekurangan diri kita sendiri.
Antara penggiat filem lain yang
tampil memberikan pandangan neutral mereka adalah Ahmad Idham yang
mengingatkan jatuh bangun industri di Malaysia tidak kena mengena dengan
isu siapapun yang memerintah.
sumber:ohartis
sumber:ohartis
No comments:
Post a Comment