Gemencheh: Dua beradik lelaki meraung sambil mendakap erat mayat ayah
mereka yang berlumuran darah selepas terbabit kemalangan di hadapan
simpang tiga, Jalan Batang Melaka, Ayer Kuning Selatan, dekat sini, pagi
semalam.
Masing-masing, Chong Yow Sang, 45, dan adik bongsunya, Chong Ah
Lee, 40, tidak mampu menahan sedih dengan kematian ayah mereka, Chong
Kow, 64, sekali gus menerbitkan simpati orang ramai yang mengerumuni
tempat kejadian.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa menunggang
motosikal jenis Honda untuk pulang ke rumahnya di Kampung Baru Air
Kuning Selatan, di sini.
Menurut sumber, sebaik mangsa keluar dari simpang dan membelok ke kanan untuk ke rumahnya, tiba-tiba muncul lori dari arah Air Kuning menghala ke Sungai Dua.
Menurut sumber, sebaik mangsa keluar dari simpang dan membelok ke kanan untuk ke rumahnya, tiba-tiba muncul lori dari arah Air Kuning menghala ke Sungai Dua.
Yew Sang meraung sambil memeluk mayat ayahnya.
“Mangsa tidak sempat berhenti dan dilanggar lori menyebabkan dia dan motosikal melambung sejauh 20 meter. Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah,” katanya.myMetro
No comments:
Post a Comment