23 April 2013
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: Masyarakat
India akan memenuhi permintaan Datuk Seri Najib Razak supaya melupakan
Zulkifli Noordin dengan tidak memangkah beliau di kertas undi.
Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS), S.Barathidasan (gambar)
berkata, masyarakat India juga tidak akan menyokong serta tidak akan
memilih Zulkifli sebagai calon kerusi Parlimen Shah Alam pada hari
mengundi 5 Mei depan.
“Masyarakat India akan menghukum calon yang bertanding kerusi pilihan
raya Parlimen Shah Alam iaitu Zulkifli Noordin dan bertekad tidak akan
memberikan undi mereka kepada beliau,” ujarnya dalam satu kenyataan,
sebagaimana di bawah.
Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) dan masyarakat India di
Malaysia berasa amat kesal dengan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri
Najib Razak yang mempertahankan calon kontroversi Zulkifli Noordin dan
meminta masyarakat India supaya memaafkan serta memadamkan kemarahanan
terhadap Zulkifli Noordin ekoran kenyataan Naib Presiden Perkasa
menghina agama Hindu.
Malahan paling yang menyedihkan dan menjijikan apabila ada segelintir NGO menyokong serta sanggup mencium Zulkifli Noordin.
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak juga meminta supaya
masyarakat India melupakanlah kenyataan yang dibuat oleh Zulkifli
Noordin.
Masyarakat India akan memenuhi permintaan Datuk Seri Najib Razak
supaya melupakan Zulkifli Noordin dengan tidak memangkah beliau di
kertas undi dan tidak akan menyokong serta tidak akan memilih beliau
sebagai calon kerusi Parlimen Shah Alam pada hari mengundi 5 Mei depan.
Masyarakat India akan menghukum calon yang bertanding kerusi pilihan
raya Parlimen Shah Alam iaitu Zulkifli Noordin dan bertekad tidak akan
memberikan undi mereka kepada beliau.
Tapi persoalannya apakah ia hanya sekadar maaf-maafan tanpa apa-apa tindakan?
Sebelum ini beberapa orang selain daripada Zulkifli Noordin,
antaranya ketua bahagian Umno Pulau Pinang, Pegawai khas kepada Perdana
Menteri Datuk Nasir Safar, Pengerusi Perkasa Ibrahim Ali, Ridhuan Tee
Abdullah dan banyak lagi terbiar begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan.
Maka MIPAS menggesa agar mereka ini disiasat dan mendakwa di bawah
Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian,
perasaan permusuhan dan kebencian berkiatan agama.
MIPAS meminta supaya mereka ini patut diberi pengajaran agar mereka insaf dan berazam tidak mengulanginya.
MIPAS berharap agar Pihak PDRM dan Peguam Negara berlaku adil dan
telus serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik dalam
melaksanakan tugas yang diamanatkan. Maka ia akan mempertingkatkan
kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada pasukan PDRM, penguatkuasaan
undang-undang dan institusi kehakiman negara.
No comments:
Post a Comment