Thursday, April 18, 2013

Mohd Shariff bakal disingkir jika bertanding bebas, kata Umno

Oleh Opalyn Mok April 17, 2013
 
NIBONG TEBAL, 17 April — Bekas Ahli ParlimenTasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar akan dibuang daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), Umno jika dia ingkar untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya 5 Mei ini, kata Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman hari ini. 
"Mana-mana ahli Umno atau pemimpin yang bertanding bebas atau memilih menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya depan nanti akan dibuang daripada parti," kata beliau dalam satu sidang media di sini.

Menjawab kenyataan Mohd Shariff semalam yang mahu bertanding sebagai calon bebas di Tasek Gelugor, Zainal berkata Mohd Shariff sepatutnya memimpin calon yang diumum dan membantu mereka memenangi kempen daripada bertindak sedemikian.
"Beliau patut beri mereka peluang seperti sebelum ini, mereka jugalah yang membantunya berkempen dan menang kerusi itu sebelum ini," kata beliau kepada Shariff.

Pemimpin veteran Umno itu secara terbuka mengkritik BN kerana memilih calon yang "rakyat tidak mahu" selepas mengumumkan rancangannya untuk bertanding di kerusi itu.
Beliau berkata semua empat kerusi di Tasek Gelugor, satu parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan kalah kerana BN tidak memilih calon "tepat" untuk bertanding pada Pilihan Raya 2013.

Semalam, BN Pulau Pinang mengumumkan barisan calon yang terdiri 33 muka baru daripada keseluruhan 53 calon.
Bekas DUN Permatang Berangan Shahbudin Yahya telah dipilih untuk mempertahankan Tasek Gelugor selepas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop membuat keputusan tidak bertanding di kerusi tersebut.

Mohd Shariff yang juga bekas timbalan menteri yang mempunyai ramai penyokong di Tasek Gelugor pada awalnya menjangkakan untuk bertanding semula di kerusi tersebut dan tidak berpuas hati kerana tidak terpilih kali ini.

Beliau menyandang kerusi Tasek Gelugor selama dua penggal daripada 1999 hingga 2008 sebelum memberi laluan kepada Nor Mohamed Yakcop bertanding disitu pada 2008.
Zainal berkata Mohd Shariff perlu berkongsi pengalaman dan memberi bimbingan kepada calon-calon dan bukannya mengkritik parti kerana pilihan calonnya.TMI

No comments:

Post a Comment