Friday, April 19, 2013

Pakatan S'gor janji rakyat miliki saham syarikat air


Malaysiakini  Apr 18 2013
Dalam usaha untuk menangani manifesto pilihan raya BN Selangor, Pakatan Rakyat berjanji untuk membuka peluang kepada rakyat negeri itu memiliki saham air Selangor.

Pakatan Selangor berkata apabila penstrukturan semula syarikat-syarikat industri air berjaya, seluruh rakyat Selangor akan berpeluang memegang saham-saham yang dikeluarkan oleh syarikat air milik kerajaan negeri.

"Ini bermakna hak air dipegang secara amanah oleh kerajaan negeri bagi pihak rakyat. Mulai saat itu nanti rakyat Selangor adalah pemiliki sebenar air di negeri ini,” kata Pengerusi Pakatan Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam manifesto yang dilancarkan malam ini.

Ini sebagai tambahan kepada pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan selama tempoh lima tahun pentadbirannya - janji yang dibuat sebelum pilihan raya 2008.

BN dalam manifesto yang dilancarkan semalam juga menjanjikan pemberian 20 meter padu air percuma bagi penduduk Selangor.

Dalam manifestonya itu, Pakatan juga berjanji untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Manifesto tujuh halaman Pakatan itu memberi tumpuan kepada memperkukuhkan lagi dasar-dasar kerajaan negeri yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dan secara amnya menawarkan sambungan kepada program-program yang sedia ada.
Berikutan adalah petikan kandungan manifesto Pakatan Selangor:

No comments:

Post a Comment