Friday, April 19, 2013

Rumah calon PAS disimbah cat merah di Sabah

  • Malaysiakini  Apr 19 2013
 
Calon PAS di Tanjung Batu Fatmawaty Mohd Yusof menerima kejutan apabila rumahnya disimbah cat merah dan batu dilemparkan di tingkap rumahnya.

Menurut Fatmawaty, batu yang dilempar di tingkap tingkat bawah itu dibalut dengan secebis kertas bertulis:

NONE"Tarik diri atau!!!"

Katanya, ketika kejadian beliau sedang tidur di tingkap atas sebelum dikejutkan saudara perempuannya yang mendengar sesuatu di luar.

"Bila kami keluar kamu nampak cat. Masih basah. Kami tidak nampak orang di sekeliling," katanya ketika dihubungi.

Kereta polis dan peronda tiba tidak lama selepas dimaklumkan berhubung perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment