Seorang remaja dipaksa ibu angkatnya menjadi ibu tumpang kepada sperma lelaki lain bagi mendapatkan anak, lapor media semalam.
Wanita itu dilaporkan tergamak memaksa anak angkatnya kerana dia dilarang untuk mengambil anak angkat lain.
Remaja terbabit dipercayai mengalami keguguran ketika berusia 14 tahun, tetapi beberapa kali cuba hamil semula menggunakan sperma dibeli ibunya melalui Internet.
Akhirnya remaja terbabit melahirkan anak ketika berusia 16 tahun.
Penghakiman mahkamah sebelum diklasifikasikan sebagai sulit mendedahkan
butiran insiden itu yang mencetuskan kebimbangan terhadap peraturan
membeli benih melalui Internet. Ibu terbabit mempunyai tiga anak
angkat yang diambilnya dari negara lain.
Atas sabitan kesalahan memaksa anak angkatnya itu, wanita terbabit dihukum penjara lima tahun selepas mengaku salah menzalimi kanak-kanak.
Hakim berkata, tindakan wanita itu “jahat dan mementingkan diri sendiri.” Akhbar Guardian melaporkan, ibu tunggal itu tidak dapat hamil sendiri kerana masalah kesihatan.
Selepas gagal mengambil anak angkat keempat, dia memaksa anak angkat sedia ada supaya mengandungkan anaknya. myMetro
Ketika itu remaja yang dipaksa itu berusia 13 tahun.
Apabila dia bersalin, bidan yang datang sangat terkejut melihat usianya yang masih muda.
Remaja mengaku dicabul dihadapan PM--------->>>> PilihanrayaPRU13
ReplyDelete