Tuesday, April 2, 2013

Parlimen Bakal Dibubar SEAWAL ESOK ?

Tuesday, April 02, 2013

 

Parlimen Malaysia dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan.
Ini berikutan pengedaran surat pekeliling dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.
Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.
Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Najib   mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu.
Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.
Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib   mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini.
Tempoh 60 hari adakan pilihanraya umum ke-13
“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri semalam.
Tempoh satu penggal atau lima tahun  pilihanraya umum ke-12 akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.
Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan pilihanraya umum ke-13 bagi membentuk kerajaan baru.



Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Mohamad Hasan.
Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.
Dipercayai, Najib   memilih esok 3 April sebagai tarikh pembubaran parlimen bersempena genap empat tahun menjadi perdana menteri setelah mengambil alih jawatan tersebut pada tarikh sama.
Bagaimanapun ia masih belum dapat disahkan memandangkan Najib   pada Ahad lalu mengumumkan akan menunaikan umrah ke tanah suci Makkah   JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment