KERENGGA
Mohd Sayuti Omar
Yang
jelasnya saya tidak bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya
kali ini. Saya bukan calon bebas di kerusi P 125 Putrajaya. Tetapi
khbarnya gambar saya turut disebar dan dimasukkan dalam peti surat
menjadi bahan kempen di situ. Beberapa rakan dan penggemar blog saya
juga menghubungi dan bertanya khabar mengenai itu. Apa sudah jadi
tuan... tanya mereka.
Gambar
saya tersebar menerusi sebuah buku kecil yang di muka hadapannya turut
tertera gambar saya. Buku itu menghentam calon PAS di Putrajaya Husam
Musa. Buku itu sudah lama tersebr di Kelantan dibahagi-bahagikan sebagai
buah tangan dalam setiap majlis anjuran kerajaan UBN.
Khabarnya
juga calon BN, Teuku Adnan Teuku Mansor ada menyebut nama saya dan
kononnya bercerita sesuatu mengenai Husam kepadanya. Aduhai politik
bangsaku.
Saya
ingin jelaskan di sini, mengenai tuduhan dan dakwaan kononnya dibuat
oleh saya terhadap Husam baik oleh Teuku Adnan dan juga apa yang ditulis
dan 'dikarai' didalam buku kecil itu. Buku kecil itu tidak ada nama
pengarangnya. Ertinya ia buku hantu. Hantu tidak boleh dipercayai. Saya
mahu berdepan dengan manusia yang normal dan nyata saja. Saya jelek
dengan manusia halimunan atau tidak bertanggungjawab.
Kalau
boleh penulis atau penyusun buku berkenaan timbul dan tampilkkan wajah
anda. Baru sedap hendak soal bicara atau berdebat. Jangan main tusuk
muka itu perangai bonbon.
Sebahagian
bahan di dalam buku itu diambil dari blog saya. Tidak menjadi masalah
tetapi ada sedutan ataupun petikan yang dibuat tidak benar dan ia adalah
fitnah pula kepada saya dan lebih-lebih lagi kepda Husam.
Misalnya
mengenai quotation di muka 7, kononnya saya menyebut Husam ada
menyimpan perempuan Cina di sebuah kondominum dan kahwin secara senyap
adalah bohong dan fitnah. Buktikan kalau saya ada berbuat demikian?
Tidak baik kalau kita hendak mengetuk orang dengan meminjam tangan orang
lain. Guna tangan sendirilah...
Itu
semua adalah rekaan untuk memburuk-burukkan Husam. Memang saya tidak
setuju dalam beberapa perkara dengan Husam, tetapi saya tidak
mengheretnya ke dalam fitnah. Saya amat kesal atas penulisan ini yang
dibuat secara tidak bertanggungjawab. Bukan tuduhan dan dakwaan itu
saja, dakwaan-dakwaan lain yang agak melampau dan berniat buruk ke atas
Husam adalah dikesali.
Di zaman
edan saya dulu, syaa berdepan dengan Husam secara direct. Saya tidak
main sembunyi tangan dan selindung kepala. Sebab itu Husam saman saya
dan saya menghadapi saman Husam. Kami gentlemen.
Saya
mengakui saya menulis blog dan mengisahkan perihal Husam, tetapi apa
yang saya tulis dan perkatakan adalah apa yang saya ketahui bukan
spekulasi. Jadi adalah tidak adil, menyalahi etika penulisan kalau nama
saya diheret untuk memburuk-burukkan Husam.Itu namanya melanun.
Saya
berharap kepada semua pihak agar tidak eksploitkan nama saya, atau
gambar saya untuk kempen di Putrajaya. Kemenangan di Putrajaya akan
diperolehi dek mereka yang ikhlas dan jujur. Kemenangan yang sebenar
ialah yang dijalankan secara teratur, tertib dan menempati lunas-lunas
Islam.
Saya
rasaya komuniti Putrajaya tidak mudah tertipu dengan dakyah ataupun
dakwaan-dakwaan yang mentah oleh mana-mana pihak kerana kebanyakan
mereka berpendidikan, celik IT serta mempunyai deria rasa yang tinggi
untuk menentukan siapakah pemimpin mereka di situ.
http://msomelayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment