Wednesday, April 24, 2013

Pesanan Husam buat Petugas Parlimen Putrajaya

24 April 2013
Pesanan buat petugas Parlimen Putrajaya

Kita mendapat khabar ramai SB yang berkeliaran di sekitar pejabat kita di Presint 9. Kita tidak harus bimbang, kita tidak harus takut, kerana kita menjalankan aktiviti secara sah, kerana parti kita adalah parti yang sah berdaftar dalam negara.

Tugas polis atau SB sebenarnya adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara. Kebanyakan mereka menjalankan tugas dengan baik. Namun kita tidak boleh menolak, wujudnya segelintir mereka yang memakan upah daripada Umno untuk keselesaan dunia yang sedikit.

Apa pun, mereka harus sedar kerana jumlah penyokong kita bukan sedikit. Jika kita sedikit, kita akan dipermainkan dan diperas mereka, namun bila kita punyai jumlah yang ramai, mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Pada tahun 2008 sahaja kita mempunyai  10,922,139 rakyat Malaysia termasuk 221,085 pengundi pos yang mengundi dalam PRU. Pakatan Rakyat memperolehi hampir separuh atau 48.3 peratus undi seluruh negara. 

Kita percaya, jika tiada penipuan, ugutan dan penyelewengan, insya Allah, beza hanya 3 peratus undi dengan BN akan dapat diatasi dan kita akan menjadi parti yang dominan dalam negara.

Usah dipeduli kehadiran SB, usaha dilayan provokasi samseng Umno. Teruskan bekerja kerana kita berada di landasan yang betul.

No comments:

Post a Comment