Harakahdaily
Salmiyah Harun, | 04 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan
jentera parti mempertingkatkan kawalan keselamatan khususnya di bilik
gerakan MTD untuk mengelakkan sebarang provokasi.
Katanya, usaha itu sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan pelbagai cara yang mungkin akan digunakan pihak musuh untuk menimbulkan sebarang kekacauan dan provokasi sepanjang tempoh berkempen.
Sementara itu, beliau turut meminta jentera dapat memberi fokus kepada kerja-kerja yang diarahkan oleh parti selepas parlimen bubar sehingga ke hari pilihan raya.
"Dalam waktu genting ini, seluruh jentera parti pertingkatkan lagi gerak kerja untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU nanti," katanya kepada Harakahdaily.
Malah, beliau sekali lagi mengingatkan agar jentera kerja parti tidak lupa untuk menunaikan solat hajat tiap-tiap malam sehinggalah pilihan raya.
Berhubung calon pilihan raya, katanya PAS sudah senarai akhir nama-nama calon yang akan bertanding namun pengisyitharan calon akan diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

No comments:
Post a Comment