Sepuluh
minit waktu ke udara yang ditawarkan kepada Pakatan Rakyat untuk
menjelaskan manifesto mereka adalah untuk sekali siaran sahaja dan
bukannya secara bersiri selama sepuluh minit bagi setiap sesi
penerangan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menegaskan demikian, bertentangan dengan kenyataan SPR yang membayangkan Pakatan diberikan sepuluh minit untuk menerangkan setiap aspek manifesto menerusi saluran televisyen kerajaan.
"Diberi (sepuluh minit) sekali sahaja bukan tiap-tiap hari berkempen (selama sepuluh minit).
"Ini bukan berkempen ya, ini hanya menerangkan intisari manifesto masing-masing," katanya.
Menurutnya, Pakatan boleh menrangkan lima halaman manifesto mereka jika sepuluh minit itu dimanfaatkan sepenuhnya.
"Saya telah membuat ujian dalam sepuluh minit, kita boleh membaca sekurang-kurangnya lima muka surat A4 jarak langkau sebaris.
"Oleh itu tidak ada sebab mengapa mereka tidak mahu mengambil bahagian kecuali hanya untuk menunjukkan mereka hendak perli RTM," katanya kepada selepas menyampaikan sumbangan netbook 1Malaysia kepada 82 penghibur jalanan di Kuala Lumpur petang tadi.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini dalam wawancara dengan sebuah portal berita berkata, kerajaan bercadang menawarkan siri berterusan dan bukannya satu slot selama sepuluh minit untuk Pakatan menerangkan manifesto mereka.
Menurut Aziz, pemimpin Pakatan salah faham tentang tawaran itu dan menolaknya sebelum SPR memuktamadkan perkara itu dengan kerajaan.
Sementara itu, Rais berkata, jika Pakatan menolak tawaran pembentangan manifesto ini, RTM tetap akan membuat liputan acara itu jika dijemput.
"Jika tidak (terima tawaran sepuluh minit), kita akan hanya buat liputan berita jika mereka menjemput RTM dan radio (kerajaan) yang ada 32 stesen dan tiga saluran," katanya.

No comments:
Post a Comment