Wednesday, April 10, 2013

"Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding melainkan Wan Muhammad Azri bukan Papagomo"Kata peguam


Peguam persoal kelayakan Papagomo jadi calon

Pengumuman penulis blog kontroversi Papagomo untuk bertanding menentang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan tanda tanya oleh para pengamal undang-undang yang mempersoalkan kelayakan bekas anggota polis itu sebagai calon.

Tanda tanya itu timbul memandangkan Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan didenda ketika bertugas sebagai konstabel polis trafik.

Mahkamah Rayuan pada tahun lalul mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, dan Wan Muhammad Azri didenda RM10,000 dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari.

Seorang peguam, Razlan Hadri Zulkifli, berkata Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding disebabkan hukumen berkenaan memandangkan keputusan mahkamah itu dibuat pada tahun lalu.

“Maka, Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding melainkan Wan Muhammad Azri bukan Papagomo,” katanya.

Seorang lagi peguam, Ranjit Singh juga sependapat dan berkata individu yang dikenakan hukumen denda RM2,001 dan lebih tinggi tidak boleh bertanding, seperti yang diperuntuk dalam Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menyebut, seorang anggota parlimen hilang kelayakan apabila didapati bersalah dan dijatuhi hukumen utuk tempoh tidak kurang dari satu tahun dan didenda tidak kurang dari RM2,000 dan tidak menerima pengampunan.

Perkara itu juga menyatakan, individu yang didapati bersalah tidak dibenarkan untuk bertanding dalam tempoh lima tahun.Malaysiakini

1 comment:

  1. jika ianya benar mengikut akta kelayakan untuk menjadi calun,kenapa pula SPR mengeluarkan borang penamaan kepada Papagomo ini , apakah ada keistimewaan tertententu keatas mamat ini?,atau adakah SPR tidak tahu ada akta yang melarang sesaorang yang telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah melebihi Rm2001.00 keatas masuk bertanding sebagai calun PRU?.Atau juga SPR sengaja hendak menutup mata dek kerana mengikut telunjuk umno bagi melawan DSAI , tambahan pula kwasan yang hendak ditandingi itu kawasan Permatang Pauh,kenapa disitu tidak ditempat lain?.Nampak sangat ada niat tak elok oleh SPR disebalik ,penjualan kertas pencalunan itu, tidakkah SPR sedar yang hendak bertanding itu maknusia yang telah sedia ada konterevesinya,bukan lebih baik siasat dulu siapa yang hendak beli dan bertanding itu,jika sesuatu berlaku semasa waktu berkempen nanti adakah pr juga hendak dipersalahkan sedangkan semasa belum berkempen pun program pr sentiasa diganggu dan diserang,Alhamdulillah setakat ini pengikut pr masih boleh bersabar dengan berkat asuhan tok-tok guru yang mujtahid pengikut masih boleh bertahan tapi kita ini maknusia ,sabar itu ada hadnya,jangan nanti bila sudak berlaku sesuatu baru hendak bertindak dan SPR mula persalahkan orang yang selama ini berdiam diri.Ingat Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar dari hamba-hambaNya yang dizalimi. Allah Hu Akbar!,,,,,,,,,

    ReplyDelete