1 April 2013
Bismillah,
saya membaca laporan muka depan New Straits Times semalam berkenaan
dengan masalah sosial di Kelantan dengan tajuk KELANTAN AFTER DARK, ia
disambung lagi dengan liputan dari Buletin Utama TV3 malam semalam.
Seorang pemimpin utama UMNO Kelantan pula mengeluarkan kenyataan bahawa
ini menunjukkan Kelantan tidak sempurna.
Respon saya ialah,
saya tidak pernah menyatakan Kelantan sempurna, tetapi kita telah
melakukan yang terbaik dalam kemampuan kerajaan negeri untuk mengekang
masalah sosial. Kita tidak mengeluarkan lesen judi, tidak mengeluarkan
lesen rumah urut, dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka.
Begitu juga dengan penguatkuasaan sentiasa berjalan dari masa ke
semasa.
Laporan NST hanya menyebut senario tanpa menyebut
fakta-fakta yang jelas di mana lokasi untuk memudahkan penguatkuasa
mengadakan serbuan. Tanpa maklumat, bagaimana penguatkuasa mahu
bertindak?
Sepatutnya UMNO
turut membantu ke arah mencegah gejala sosial. Bahkan semua pihak
sepatutnya membantu kerajaan negeri menjayakan undang-undang yang
diperkenalkan.
Sayangnya, apa yang UMNO lakukan ialah sentiasa
mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Jamuan
Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya,
menampilkan persembahan artis wanita secara terbuka yang melanggar
Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
Persoalan sosial ialah masalah kita bersama. Kerajaan negeri telah
memperkenalkan peraturan di dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Jika
wujud aktiviti tidak bermoral, ertinya ia wujud tanpa kebenaran. Soalan
saya, adakah meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah bermaksud kerajaan
pusat membenarkan ia berlaku?
Jika hanya petak sawah kita
dijaga dengan baik sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan
ular dan tikus tanpa jagaan, ular dan tikus pun akan membiak masuk ke
petak sawah kita!

Di johor masaalaha maksiat lagi teruk cuba la pergi JB atau KULAI macam2 pekan disebut disana pekan siam pun ada pekan sayur pun ada....jangan nak menuding jer lihat la juga di JOHOR bahkan PAHANG...
ReplyDeleteMemang betul tu.Depa nampak Kelantan jer...Depa nampak yang buruk semua Kelantan
ReplyDeleteUngkapan yang paling bermakna dan penuh sindirian buat UMNO..."Jika hanya petak sawah kita dijaga dengan baik, sedangkan petak sawah bersebelahan berkubang dengan ular dan tikus ( dan babi ) tanpa jagaan, ular dan tikus (dan babi) pun akan membiak masuk ke petak sawah kita". Ubatnya ialah kita bakar petak sawah sebelah dalam PRU13 nanti supaya ular, tikus, babi, tenuk, lintah darat, biawak, buaya dan lembu kondo mampus.
ReplyDelete