Harakahdaily
Muhammad Faizal, | 23 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Timbalan
Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Abdul Samad yakin dengan peningkatan
sokongan sebanyak 70 peratus, Pakatan Rakyat mampu mempertahankan kerusi
Parlimen Shah Alam.
Beliau merujuk kepada sambutan dan sokongan yang diberikan oleh
pengundi Shah Alam sepanjang tempoh berkempen selama tiga hari mulai
hari penamaan calon Sabtu lepas.
Khalid yang ditemui sewaktu program kunjungan beliau bertemu pengundi
di Seksyen 16 pagi tadi menyatakan sokongan pengundi Melayu telah
meningkat sejak 2008.
"Tinjauan kita sepanjang tempoh berkempen mendapati sokongan
meningkat kepada 70 peratus, ini juga termasuk kepada sokongan pengundi
Melayu, bagi bukan Melayu kita mengetahui mereka telah lama menyokong
Pakatan Rakyat.
"Setiap tempat yang saya kunjungi pengundi Shah Alam menyatakan
sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS," jelas beliau
kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu, Khalid memberitahu kenyataan yang dikeluarkan Barisan
Nasional (BN) mengatakan beliau menolak untuk berdebat dengan Datuk
Zulkifli Noordin kerana mendapat nasihat Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar ibrahim adalah propaganda BN.
"Malah sebelum ini mereka (BN) turut menyebar propaganda mengatakan
saya minta dipindahkan kerusi ke tempat lain apabila mengetahui Zul
Noordin akan bertanding di Shah Alam, ini semua fitnah serta propaganda
murah mereka," kata beliau.
Beliau berharap pengundi di Shah Alam tidak tertipu dengan penyebaran propaganda palsu BN yang semakin hilang sokongan rakyat.
No comments:
Post a Comment