Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Ekoran proses pengundian awal akan berlaku lima hari sebelum hari mengundi, ketahanan dakwat kekal kini menjadi persoalan.
Ini kerana, sebelum ini SPR menyatakan dakwa kekal hanya tahan tiga hari sahaja.
"Jika
begitu, dakwat kekal pada tangan pengundi awal tidak akan ada lagi pada
hari mengundi dan membolehkan mereka mengundi semula?" kata Ketua
Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya kepada
Harakahdaily.
Sehubungan itu, Dr Hatta mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan penjelasan tentang perkara ini.
SPR
mengumumkan, hari mengundi adalah 5 Mei manakala hari mengundi awal
untuk polis, tentera, petugas SPR dan wartawan adalah 30 April 2013,
lima hari sebelum hari mengundi.
Padahal sebelum ini, SPR memaklumkan hari mengundi awal adalah tiga sebelum hari mengundi.
Sebelum
ini juga, pelbagai pendedahan dibuat tentang pengundi awal yang terdiri
dari pasukan keselamatan, petugas SPR dan wartawan yang bertugas
terdedah kepada pengundian berganda.
Seorang blogger lucah Umno Papagomo sebelum ini didedahkan mempunyai dua nama dalam senarai daftar pemilih SPR.
Namun selepas didedahkan, salah satu namanya telah dibuang dari senarai nama pengundi.
dia bukan buat silap mata tetapi dah mula jadi sawan babi
ReplyDelete