Friday, April 5, 2013

SPR dituntut bersih senarai undi sebelum pilihan raya

(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 5 APRIL: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai daftar pemilih sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.
maria-chin-abdullah 
Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin Abdullah menegaskan, badan itu perlu bertanggungjawab memastikan keraguan dan penipuan pada senarai daftar pemilih dibersihkan walaupun hanya tinggal beberapa minggu sebelum pilihan raya.
“Kita menuntut SPR jalankan tanggungjawab secara telus memastikan daftar pemilih dibersihkan. Parlimen bubar tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka tidak mengambil peduli aduan dan penipuan yang dilaporkan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Maria berkata, rakyat perlu bangkit menggesa SPR bertindak demi memastikan pengundi hantu tidak akan disenarai dalam daftar pemilih.
tuntutan Bersih2_0 
“Inilah masa untuk semua rakyat bangkit menjalankan hak mereka. Sekalipun SPR berdegil tidak mahu membersihkan daftar pemilih, rakyat perlu keluar mengundi. Jangan berikan peluang ini kepada warga asing.
“Selagi tarikh pilihan raya tidak diumumkan, masih ada masa untuk rakyat menuntut supaya nama pengundi dibersihkan,” katanya. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

No comments:

Post a Comment