Monday, April 1, 2013

‘Undi masyarakat Cina masih berpengaruh, walaupun mengecil’

Oleh Boo Su-Lyn
March 31, 2013
Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily melaporkan Jumaat lepas bilangan pengundi Cina telah jatuh kepada 3.94 juta disebabkan faktor demografi, atau kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan 13.3 juta pengundi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Undi Cina masih penting pada Pilihan Raya 2013 walaupun angkanya menurun sejumlah kira-kira 30 memandangkan kerusi persekutuan kebanyakkannya kerusi campuran, kata penganalisis hari ini.

Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily melaporkan Jumaat lepas bilangan pengundi Cina telah jatuh kepada 3.94 juta disebabkan faktor demografi, atau kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan 13.3 juta pengundi.
“Sebliangan besar kerusi campuran masih pengundi Cina, walaupun sedikit berkurangan dalam saiz, kumpulan terus kekal berpengaruh dalam menentukan keputusan,” kata pengarah badan penyelidik Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider semalam.
“Cara persempadanan pemilih yang disediakan membenarkan pengundi Cina berpengaruh,” kata beliau, yang turut menambah masyarakat Cina sebilangan besar menyokong pembangkang.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian menyatakan terdapat antara 64 hingga 68 kerusi campuran daripada 222 kerusi parlimen seluruh Malaysia.
“Setengah kawasan adalah kawasan putih kepada Barisan Nasional (BN), setengah kawasan adalah putih untuk pembangkang. Kawasan tertentu perlu bersaing sengit untuk setiap undi - ia dimana 64, 68 kawasan adalah penting, mungkin dikawasan yang dimenangi bawah 1,500 undi majoriti,” kata profesor Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Laporan Sin Chew menyatakan Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai peratusan pengundi Cina yang terbesar iaitu pada 53.3 peratus dan 52.2 peratus masing-masing, diikuti oleh Johor (38.8 peratus), Perak (37.7 peratus) dan Selangor (34 peratus).

Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata pengundi Cina akan menjadi paling berpengaruh jika masyarakat Cina mengundi sebagai sebuah blok.
“Mana-mana bahagian pilihan raya dengan 35 peratus orang Cina, jika anda mempunyai 80 peratus sokongan, sokongan bukan Cina yang anda perlukan hanya kira-kira satu pertiga,” kata Wong kepada The Malaysian Insider.

“Terdapat beberapa daripadanya mempunyai 35 peratus pengundi Cina. Jika sokongan kaum Cina ialah 90 peratus, anda hanya memerlukan 30 peratus pengundi Cina,” kata pensyarah Universiti Monash itu.
Wong juga menegaskan bahawa tidak ada data terkini untuk menunjukkan sentimen pro-pembangkang adalah fenomena masyarakat Cina ataupun bandar.

“Dalam banyak bidang, anda mendapati pengundi bandar adalah anti-BN tanpa mengira kaum. Di kawasan luar bandar, sokongan kaum Cina terhadap BN juga adalah kuat,” katanya.
Pemimpin veteran MCA Datuk Lee Hwa Beng berkata pada Rabu lepas Pilihan Raya 2013 akan menyaksikan 15 kerusi persekutuan partinya mengecil kepada 13 sekurang-kurangnya, ataupun enam dalam senario paling teruk.

Beliau menambah ramalan masih lagi tidak memihak MCA untuk mengembalikan kekalahan teruk pada Pilihan Raya 2008.
Lee berkata MCA kalah teruk bertanding dengan calon pembangkang dikawasan majoriti masyarakat Cina, dan hanya terselamat dikawasan dimana masyarakat Melayu membentuk sebahagian besar pengundi.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan MCA mungkin mendapat keputusan baik dalam Pilihan Raya 2013 jika mereka meletak calon yang kuat untuk menentang penyandang daripada Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mempunyai keupayaan kerana mereka hanya menang dengan majoriti kecil.

Pengundi kali pertama yang membentuk 30 peratus daripada 13.3 jumlah pengundi dilihat menjadi penentu pada Pilihan Raya 2013 dengan masyarakat Cina yang sejumlah besarnya terdiri daripada pengundi atas pagar, menurut laporan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL ) dalam satu kaji selidik yang dikeluarkan pada bulan Januari tahun ini.TMI

No comments:

Post a Comment