myMetro
Keputusan terhadap Muhammad Kamaruzzaman itu adalah yang keempat dikeluarkan tribunal jenayah Bangladesh sejak Januari lalu.
Pengumuman itu mencetuskan kebimbangan berlaku lebih banyak keganasan
jalanan di antara penyokong Muhammad dengan pasukan keselamatan.
Setakat ini berpuluh-puluh orang terbunuh dalam rusuhan yang tercetus daripada kes terdahulu.
Setakat ini berpuluh-puluh orang terbunuh dalam rusuhan yang tercetus daripada kes terdahulu.
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina mengarahkan perbicaraan itu dijalankan selepas ia tertangguh beberapa lama.
Ia membabitkan kejadian empat tahun lalu ketika Bangladesh berpisah dari Pakistan.
Pengkritik mendakwa, Sheikh Hasina menggunakan tribunal itu untuk melemahkan musuh politiknya menjelang pilihan raya tahun depan.
Muhammad, 61, didapati bersalah atas lima tuduhan membunuh, merogol, menyeksa dan menculik. - AP
No comments:
Post a Comment