Anwar Ibrahim: Perhimpunan di Kuantan pada hari Selasa, Rabu di Johor. — Gambar failKUALA
LUMPUR, 13 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar malam tadi tidak
akan mengalah dalam perlawanan Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan
dakwaan seharusnya menang dan berada di Putrajaya, mengekalkan pendirian
mereka Barisan Nasional (BN) menang dengan menipu pada 5 Mei.
Pemimpin de facto PR, kelihatan bertenaga dan penuh bersemangat
apabila berucap di hadapan penyokong PR berpakaian hitam dalam
perhimpunan ketiga selepas Pilihan Raya 2013 di Ipoh, Perak mengakui
ianya seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan secara rasmi.
Akan tetapi beliau menegaskan walaupun Datuk Seri Najib Razak telah
mengangkat sumpah dan gabungan tersebut kelihatan berurusan seperti
biasa di Putrajaya, pengerusi BN dan presiden Umno bukanlah orang
sebenar yang dipilih untuk jawatan itu.
“Pemimpin Umno akan kata, kami mempunyai mandat jadi kamu diam.
Tetapi saya kata — No way. Kita mempunyai mandat dan akan… lawan tetap
lawan,” kata beliau mengundang hadirin untuk menjeritkan slogan
tersebut.
“Najib telah disahkan menang… dan telah mengangkat sumpah. Apa harus kita lakukan?
“Sebab itu saya kata… di Kelana Jaya ratusan ribu rakyat hadir hanya
dengan notis dua hari… Di Pulau Pinang, ratusan ribu hadir di Batu
Kawan… kebangkitan rakyat.
“Kenapa? Kerana suara rakyat suara keramat,” kata Anwar.
“Hari Selasa kita akan berhimpun di Kuantan. Rabu kita akan berhimpun
di Johor. Dan kita tidak akan berhenti sehingga keadilan ditegakkan di
negara ini.
“Kita tidak akan berhenti sehingga keputusan sah diumumkan. Ya. Kita
akan teruskan dan tidak akan mengalah,” tambah beliau melalui siaran
secara langsung di Internet malam tadi.
Anwar dan pasukannya dalam PR menegaskan keputusan pilihan raya 5 Mei
yang baru diumumkan dicemari dengan penipuan, corak pengundian luar
biasa, cara menguruskan kotak undi diragui dan isu lain.
Dengan mengatakan mempunyai bukti mencukupi untuk menyokong dakwaan
mereka, peguam dari kedua-dua DAP dan PAS akan menjalankan petisyen
pilihan raya untuk mencabar keputusan tersebut.
Pemimpin PR mengatakan mereka akan mencabar 29 keputusan pilihan raya
dan perhimpunan, yang bermula di Selangor Rabu lalu, bergerak ke Pulau
Pinang pada Sabtu dan di Perak malam semalam, akan diteruskan di Kuantan
pada Selasa dan Johor pada Rabu.
Gabungan BN menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen
berbanding 89 kerusi oleh PR, lebih rendah daripada 140 kerusi yang
mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.
Lebih menyedihkan bagi BN adalah mereka kehilangan undi popular,
hanya mendapat 48 peratus daripada undi, tiga mata peratusan lebih
rendah dari 51 peratus oleh PR.
Di Perak, nasib BN lebih parah lagi, hanya mendapat 507,123 atau
45.25 peratus daripada undi, dibelakang PR yang mendapat 613,490 undi
atau 54.75 peratus, walaupun menang 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN).
PR Perak telah mengatakan keputusan pilihan raya tidak sah,
menegaskan pentadbiran negeri ditangan mereka kerana majoriti daripada
rakyat Perak telah mengundi menentang BN.
Dalam ucapan awalnya, Anwar turut menyelar pemimpin kanan Umno Datuk
Seri Mohamed Nazri Aziz kerana mendakwa komuniti CIna yang undi
menentang BN dikelirukan kerana memikirkan kerajaan pimpinan PR akan
memansuhkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menafikan ini, menegaskan
persetujuan tiga parti dalam PR — DAP, PKR dan PAS — secara rasminya
mengiktiraf semua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk
Artikel 153, yang menyentuh tentang hak keistimewaan etnik dominan
negara ini.
No comments:
Post a Comment