Pakatan pesta tunjuk kekuatan dengan ceramah
Tinggal
36 jam sebelum mengundi, Pakatan Rakyat malam ini terus menunjukkan
kekuatan melalui jumlah kehadiran ceramah di pelbagai tempat di seluruh
negara yang mendapat sambutan hangat.
Di Esplanade, Pulau Pinang lautan manusia memenuhi kawasan itu bagi mendengar ceramah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Bagaimanapun, mood di situ lebih ceria apabila Lim terlebih dahulu menyanyikan lagu yang liriknya menyentuh isu politik wang yang didakwa berlaku di beberapa kawasan.
Malah, kehadiran Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu lebih menceriakan keadaan dengan cerita-cerita pendeknya yang lucu.
Beliau kemudiannya meninggalkan Esplanade untuk ke satu lagi majlis di Tasek Gelugor.
Ceramah di Pulau Pinang itu dipercayai terbesar di Malaysia sepanjang tempoh berkempen ini.
Setakat jam 12.26 tengah malam, kutipan derma dipercayai sudah mencecah angka lebih RM500,000 dan ia masih belum habis dikira.
Di Johor, beberapa ceramah besar berlangsung yang menyaksikan 4,000 orang hadir di Gelang Patah, 2,000 di Ayer Hitam dan 3,000 di Pasir Gudang.

UBAH kerajaan persekutuan pada kali ini. Beri peluang 5 tahun untuk PR memerintah negara. Jika ternyata mereka gagal maka tolak mereka di PRU14 nanti. Bila keadaan ini berlaku maka setiap kerajaan memerintah akan ada check and balance bukan monopoli memerintah. Kerajaan akan jadi lebih amanah dan efisyen. Penyalahgunaan kuasa akan dihapuskan. Rakyat jugalah yang mendapat kebaikannya.
ReplyDelete