|
KOTA BHARU – Seorang lelaki berhadapan hukuman mati selepas dia
dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam di atas dakwaan
menyebabkan kematian seorang warga emas yang juga neneknya sendiri dalam
kejadian pada 11 Mei lepas.
Tertuduh, Shahriman Mohd. Shaidi, 35, kelihatan sugul dan
terpinga-pinga ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di
hadapan Majistret Mohd. Isa Mohamed.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut kertas pertuduhan, Shahriman telah melakukan pembunuhan
iaitu dengan menyebabkan kematian neneknya, Che Minah Hassan, 84, pada
pukul 7.15 pagi di sebuah rumah di Kampung Pasir Pekan Hilir, Wakaf
Bharu, Tumpat.
Ekoran perbuatan itu, tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 302
Kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama iaitu
memperuntukkan hukuman mati.
Mohd. Isa menetapkan 1 Julai sebagai sebutan semula kes sementara
menunggu keputusan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusoff.
No comments:
Post a Comment