Monday, May 27, 2013

PKR dedah laporan polis kes lampu padam di Kedah

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan satu laporan polis bagi membuktikan dakwaan bahawa kejadian lampu padam turut berlaku di satu pusat pengundian di Kedah pada 5 Mei lalu.
Rafizi berkata laporan polis itu menunjukkan bahawa kejadian lampu padam itu berlaku di Sedim, Kedah ketika pengiraan sedang berjalan – dan berlangsung selama 15 minit.

Pusat pengundian itu terletak dalam kawasan parlimen Kulim Bandar Baru.

Ia merupakan kes yang kedua selepas PAS menimbulkan dakwaan berhubung kes serupa yang didakwa berlaku di kawasan DUN Seri Serdang.

Laporan itu dibuat oleh seorang ejen pusat pengudian PKR yang bertugas di sebuah sekolah di Sedim.

Ejen parti berkenaan mendakwa kes lampu padam itu hanya berlaku di sekolah berkenaan dan tidak melibatkan kawasan sekitar.

No comments:

Post a Comment