KUALA
LUMPUR, 27 Mei — Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim ditahan semula
pagi ini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
(SOSMA), walaupun Mahkamah Tinggi membuang kes sebelum ini yang
mengatakan mereka terlibat dengan keganasan di Syria, kata peguam.
Peguam Yazid, Fadiah Nadwa Fikri mengatakan hari ini mereka ditahan
di bawah Seksyen 130K(a) Kanun Keseksaan, jatuh di bawah SOSMA, karana
melindungi pengganas untuk aktiviti pengganas, tetapi berkata tidak
diketahui jika Halimah Hussein, yang juga telah didakwa di bawah
undang-undang keselamatan itu, telah ditangkap semula.
“Sudah tentu ia adalah mala fide,” kata Fadiah kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Mereka gagal dalam pendakwaan pertama. Faktanya lebih kurang sama,”
katanya dan menambah permohonan habeas corpus akan difailkan tidak lama
lagi.
No comments:
Post a Comment