Thursday, May 23, 2013
Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin mengakui dia bakal rujuk kembali dengan bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin. Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagi ‘Biso Bonar’ ini masih mempertimbangkan tarikh yang sesuai untuk menamatkan zaman dudanya.
“Saya memang ingin berkahwin tetapi saya berharap agar perkara ini tidak terlalu digembar-gemburkan. Saya sedang mempertimbangkan dua tarikh iaitu 15 Ramadan atau 21 Ogos. Adam (anaknya bersama Arianie) mencadangkan agar kami berkahwin pada 21 Ogos yang jatuh pada hari lahirnya. Namun, hati saya lebih suka pada tarikh 15 Ramadan,” ujar Hattan ketika ditemui di rakaman rancangan ‘Tunggu Sekejap’ di Studio ntv7, Glenmarie Shah Alam, baru-baru ini.

Jelas lelaki ini, dia lebih cenderung dengan tarikh 15 Ramadan kerana
ingin berpuasa dan beraya bersama isteri dan anak. Akan tetapi, dia juga
turut berminat dengan cadangan anak lelakinya, Adam yang kini berusia
15 tahun.
Menyesali kesilapan lampau, Hattan menginginkan perkahwinan yang kecil-kecilan dan hanya ingin melaksanakan perkara yang wajib. Dia menganggap faktor usia yang semakin meningkat juga merupakan salah satu sebab dia tidak mahu majlis diadakan secara besar- besaran. Baginya, ini bukan merupakan kali pertama mereka diijabkabul. Hattan dan Arianie telah bercerai pada 17 Disember 1996 dengan talak satu.

No comments:
Post a Comment