Tiga
organ parti dalam Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran penguatkuasa
Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menjalankan operasi merampas naskhah
akhbar berkenaan di beberapa negeri hari ini.KDN dalam kenyataannya
petang ini menyebut, operasi rampasan naskhah Harakah, Suara Keadilan
dan The Rocket itu dibuat kerana penerbitan itu didakwa melanggar Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.
Ia didakwa melanggar Seksyen 5 undang-undang tersebut yang meperuntukkan syarat edaran untuk ahli sahaja.
"Operasi penguatkuasaan ini telah dilaksanakan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara bermula pada 22 Mei 2013 dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh pihak KDN sebelum ini.
"Operasi ini akan dilakukan secara berterusan dengan bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 bagi memastikan semua pihak tidak melanggar Akta tersebut," kenyataan itu dipetik.
Menurut KDN lagi, sejumlah 1,408 naskhah Suara Keadilan, 1,062 naskhah Harakah dan 70 naskhah The Rocket dirampas dalam operasi itu.
Pengurus pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang ketika dihubungi mengesahkan operasi berkenaan dijalankan ke atas pengedar mereka di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, kedah dan Perak hari ini.
“Pengurusan Harakah sehingga kini masih mengumpul data mengenai jumlah rampasan tersebut,” katanya.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pula dalam satu kenyataan berasingan menyatakan pegawai KDN menjalankan tindakan tersebut sejak 24 jam lalu.
Selain merampas nashkhah berkenaan, pegawai KDN juga dakwanya mengancam untuk menangkap pembekal dan pengedar akhbar itu di beberapa tempat.
Ia antara lainnya melibatkan operasi di Ipoh pada malam tadi, di mana seramai tujuh pegawai KDN telah menyerbu premis salah seorang pembekal Suara Keadilan dan merampas 214 naskah akhbar.
Pegawai berkenaan juga dakwanya enggan memberi sebarang bukti surat kuasa rampasan.
Manakala, di Melaka pula sebanyak 70 naskah telah dirampas dari seorang pengedar yang didakwanya, bahawa pegawai KDN hanya memberi alasan ia telah menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, kata Saifuddin.
Kejadian yang sama juga telah berlaku hari ini di Johor Bahru, Johor, Seremban, Bangi dan Kota Bharu, Kelantan, tambahnya lagi.
Ia didakwa melanggar Seksyen 5 undang-undang tersebut yang meperuntukkan syarat edaran untuk ahli sahaja.
"Operasi penguatkuasaan ini telah dilaksanakan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara bermula pada 22 Mei 2013 dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh pihak KDN sebelum ini.
"Operasi ini akan dilakukan secara berterusan dengan bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 bagi memastikan semua pihak tidak melanggar Akta tersebut," kenyataan itu dipetik.
Menurut KDN lagi, sejumlah 1,408 naskhah Suara Keadilan, 1,062 naskhah Harakah dan 70 naskhah The Rocket dirampas dalam operasi itu.
Pengurus pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang ketika dihubungi mengesahkan operasi berkenaan dijalankan ke atas pengedar mereka di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, kedah dan Perak hari ini.
“Pengurusan Harakah sehingga kini masih mengumpul data mengenai jumlah rampasan tersebut,” katanya.
Isu GST
Edisi
yang terlibat dalam rampasan tersebut menonjolkan isu penguatkuasaan
cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan tajuk besar 'GST hadiah BN
untuk rakyat'.Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pula dalam satu kenyataan berasingan menyatakan pegawai KDN menjalankan tindakan tersebut sejak 24 jam lalu.
Selain merampas nashkhah berkenaan, pegawai KDN juga dakwanya mengancam untuk menangkap pembekal dan pengedar akhbar itu di beberapa tempat.
Ia antara lainnya melibatkan operasi di Ipoh pada malam tadi, di mana seramai tujuh pegawai KDN telah menyerbu premis salah seorang pembekal Suara Keadilan dan merampas 214 naskah akhbar.
Pegawai berkenaan juga dakwanya enggan memberi sebarang bukti surat kuasa rampasan.
Manakala, di Melaka pula sebanyak 70 naskah telah dirampas dari seorang pengedar yang didakwanya, bahawa pegawai KDN hanya memberi alasan ia telah menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, kata Saifuddin.
Kejadian yang sama juga telah berlaku hari ini di Johor Bahru, Johor, Seremban, Bangi dan Kota Bharu, Kelantan, tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment