Saturday, May 18, 2013

'Ini Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Bukan Kementerian Belia Dan BN' - Khairy Jamaluddin

17 Mei, 2013


Kerajaan perlu membuka pintu kepada semua pihak untuk terlibat dengan agenda kerukunan nasional selepas pilihan raya dan tidak membalas dendam kepada mana-mana pihak, kata Khairy Jamaluddin.
"Kerukunan nasional, pastikan pintu terbuka untuk semua pihak. Ini secara umum sahaja, bukan untuk Kementerian Belia dan Sukan sahaja.
"Jangan kita bertindak dengan membalas dendam kepada mana-mana pihak," kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau juga berkata, kementeriannya akan mendapatkan idea pelbagai pihak, termasuk daripada sayap Pemuda pembangkang dalam agenda untuk menyahut seruan kerukunan nasional perdana menteri.

"Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan dialog.

"Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi kerukunan nasional.

"Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kerukunan nasional oleh Datuk Seri Najib Razak susulan fenomena yang digelarkannya sebagai "tsunami Cina" semasa pilihan raya umum. 

No comments:

Post a Comment