Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini berkata perlembagaan persekutuan perlu dipinda bagi memasuhkan Dewan Negara.
"Tiada perlu Dewan Negara. Ia adalah perbelanjaan yang tidak perlu untuk ditanggung rakyat. Tidak ada gunanya.
"Ia hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh rakyat atau orang lain untuk dibawa ke Parlimen dari pintu belakang melalui Dewan Negara memandangkan dalam undang-undang Parlimen juga termasuk Dewan Negara," katanya kepada pemberita di George Town.
Beliau berkata Parlimen yang merupakan dewan perundangan yang tunggal, seperti juga kedudukannya di Singapura, merupakan yang paling sesuai demi kepentingan awam.
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata kemasukan beberapa personaliti dalam barisan Kabinet tidak sepatutnya dilakukan.
"Mana-mana ahli Kabinet yang dikatakan cukup berwibawa semestinya termasuk individu yang berintegriti dengan reputasi yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bahawa penilaian itu hanya boleh dibuat secara langsung melalui pilihan raya oleh rakyat dan bukan melalui pelantikan, katanya.

- Bernama
No comments:
Post a Comment