KOMEN,
4 Mei — Tidak kira gabungan mana yang menubuhkan kerajaan pada 6 Mei,
satu perkara yang pasti — Malaysia telah berubah dan urusan yang luar
biasa bagi pentadbiran baru.
Dengan tinjauan terbaru Merdeka Center for Opinion Research
menunjukkan pertarungan sengit diantara kedua-dua Barisan Nasional (BN)
atau Pakatan Rakyat (PR), perkara pertama perlu dilakukan oleh pemenang
adalah untuk bertindak balas kepada penduduknya yang mempersoalkan dan
meminta lebih daripada kerajaan.
Lupakan tentang rakyat jinak dan tunduk yang memikirkan kerajaan
lebih tahu. Itu berkesan hampir 55 tahun akan tetapi Malaysia baru ini
di mana rakyat lebih maju dan bercita-cita tinggi dalam pemikiran
daripada ahli-ahli politik mereka.
Populasi dimana golongan pencen dan penjawat awam bukan lagi bank
undi yang pasti, halangan kaum telah runtuh dan rakyat bersatu sebagai
Bangsa Malaysia — lebih berminat dengan ekonomi berbanding kehidupan
peribadi ahli politik.
Pemikiran yang satu ini dan perpaduan hadir walaupun nada perkauman
secara terang-terangan dalam kempen sejak Hari Penamaan Calon pada 20
April atau taktik menakut-nakutkan dimainkan oleh parti-parti politik
tertentu.
Keputusan tinjauan terbaru Merdeka Center — 42 peratus daripada
pengundi bersetuju PR boleh memerintah negara berbanding 41 peratus
yakin hanya BN sepatutnya memerintah Malaysia — mencerminkan sejauh mana
negara telah berubah dari pilihan raya di mana ahli-ahli politik hanya
memohon untuk menjadi pembangkang kuat.
“Perubahan berlaku setiap masa dan dengan cara sama dimana tidak
seorang pun daripada kita boleh membayangkan Malaysia merosot kepada
zaman wanita tidak diberikan akses kepada pendidikan, kita tidak boleh
membayangkan untuk kembali kepada politik yang mudah, naungan, atas ke
bawah dan tidak dicabar,” kata ahli akademik terkenal Dr Farish A Noor
dalam rencananya hari ini.
“Malah bekas parti-parti pembangkang telah belajar, sepanjang lima
tahun, bagaimana rasanya berkuasa dan perlu bertanggungjawab kepada
badan bukan kerajaan dan pandangan masyarakat. Ia adalah proses
pembelajaran kepada kita semua, dan saya percaya kita turut berubah
menjadi semakin bijak.”
Kebijaksanaan itu bermaksud tidak ada lagi kerajaan boleh terus
melaksanakan keputusan dari atas ke bawah tanpa dipersolkan oleh rakyat
atau diberitahu dalam keadaan yang tidak menentu bagaimana tidak popular
sesetengah idea-idea.
Idea dikongsi dan dibentuk melalui Internet, rakyat muda dan tua
bersama lebih maju daripada ahli politik yang berasal daripada keturunan
mereka pada abad lepas.
Golongan lama seharusnya memberikan laluan kepada yang baru, seperti
akhbar dimiliki parti akan dipertanggungjawabkan di atas laporan mereka.
Hari dimana menjadi satu-satunya sumber berita berkredibiliti sudah
berakhir sepertimana New Straits Times, The Star, Berita Harian atau Utusan Malaysia.
Kini terdapat percambahan portal berita dan peningkatan klip video
yang boleh memberitahu cerita lebih baik dan cepat daripada mana-mana
ahli propaganda boleh lakukan.
Kini media baru telah menjadi cara standard untuk membuat dan
mendapatkan berita dan maklumat — meninggalkan surat khabar semakin
kurang pembaca dan stesen penyiar kerajaan yang enggan untuk melangkah
masuk ke abad 21.
Mengapa? Kerana lebih banyak orang muda sekarang berbanding dahulu.
Lebih ramai yang mahu memberikan pendapat dalam negara mereka Malaysia.
Ramai yang akan mengundi Ahad ini sama seperti rakyat Malaysia di luar
negara yang bersemangat Ahad lepas.
Kita telah berubah sebagai rakyat Malaysia. Kita bukan lagi penonton
sahaja dan hadirin tentang naratif nasional yang ditulis oleh ahli
politik. Kita adalah peserta aktif membentuk hala tuju dan wacana
Malaysia — mencari dengan curiga terhadap ahli-ahli politik yang tidak
berfikir apa-apa untuk menerbangkan ribuan pengundi di seluruh negara
sebelum pilihan raya.
Ini adalah Malaysia baru yang akan mengundi Ahad ini untuk Malaysia
lebih baik dan dengan bangga menggelar diri mereka rakyat Malaysia.
Malaysia yang akan menyebabkan kerajaan mereka bekerja keras kerana
takut kehilangan kuasa.
6 Mei ini, kerajaan baru akan belajar lebih banyak daripada rakyat
berbanding apa yang mereka boleh ajar kepada rakyat, tidak seperti 55
tahun lepas.
* Jahabar Sadiq menggendalikan The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment