Kulim: Seorang pelajar sebuah sekolah pondok ditemui mati dalam
keadaan menyayat hati apabila cedera parah di badan akibat digilis tayar
sebuah traktor yang sedang bergerak dalam kejadian di Sungai Karangan,
dekat sini, kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 petang di kawasan sekolah pondok
itu menyebabkan mangsa Mohd Sayuti Abd Razak, 15, meninggal dunia di
tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sebelum
kejadian, traktor berkenaan dipercayai dipandu seorang remaja berusia 16
tahun, manakala mangsa dan seorang lagi rakannya dikatakan berdiri di
atas kenderaan itu.
Menurutnya, polis difahamkan, ketika melalui kawasan berlopak, traktor
terbabit dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah bangsal yang
terletak berhampiran bangunan sekolah pondok terbabit.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa bersama seorang lagi rakannya cuba
menyelamatkan diri lalu terjun dari traktor berkenaan, namun mangsa
terjatuh di hadapan tayar menyebabkan traktor yang sedang bergerak itu
terus menggilis badannya.
No comments:
Post a Comment