Saturday, May 18, 2013

PAS yakin tawan semula Kedah

Harakah, 18 Mei 2013

(Mahfuz memberikan ucapan pertama selaku Pesuruhjaya PAS Kedah)

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar optimis bahawa kekuatan Umno-BN tidak akan bertahan lama dan akan kembali bergolak setelah ketiadaan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah katanya, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Dato' Mukhriz Mahathir juga hanya akan diterima selagi mana adanya Dr Mahathir.

"Bukan bermaksud saya minta Dr Mahathir mati cepat, tetapi hendak menyatakan bahawa dia (Mukhriz) mampu naik ke kedudukan yang ada sekarang ini kerana ayahnya," ujar beliau.

Mahfuz memberikan ucapan sulungnya selaku Pesuruhjaya PAS Kedah sempena majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 14 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment