Tuesday, May 28, 2013

Nasrudin: Pemuda PAS sambut kritikan AMK


Malaysiakini Mei 28 2013
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata pergerakan itu sedia menyambut kritikan ke atas PAS, seperti yang dilancarkan oleh pemimpin sejawatannya dalam PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam kongres parti tersebut hujung minggu lalu.
Nasrudin berkata, pihaknya sedia menerima apa jua kritikan terhadap PAS dan kepimpinannya daripada pelbagai pihak demi mendewasakan parti Islam itu.

NONEBagaimanapun, beliau sangat bersetuju setiap kritikan mesti dinilai dengan jujur dan benar dan PAS akan akur jika teguran itu mempunyai asas dan hujah yang jelas untuk melakukan perubahan.

"Apatah lagi jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka. Ia boleh mencipta prasangka dan mencetus persepsi masyarakat awam, justeru itu mahu atau tidak, jawab balas mesti dikemukakan terhadap kritikan tersebut bagi meluruskan persepsi dan memurnikan prasangka.

"Contohnya apabila pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada Presiden PAS, sememangnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli PAS membuat pencerahan dan mempertahankannya," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Shamsul Iskandar yang antara lainnya membangkitkan mengenai satu kritikan presiden PAS ke atas keperibadian calon parti tertentu yang tidak dinamakan.

NONEIsu berkenaan memuncak sejurus sebelum hari pencalonan pilihan raya umum ke-13 apabila satu rakaman video yang memuatkan kenyataan Hadi itu muncul di Internet.
Hadi dalam satu video berkenaan mendakwa PAS terlibat dalam kerusi yang bertindih dengan PKR untuk menyelamatkan Pakatan daripada melalui krisis perlembagaan, seperti berlaku di Perak pada 2009, sekali lagi.

Beliau juga terdapat calon yang disyaki sebagai pengedar dadah walau tidak menyebut apa-apa nama.
Mengulas perkara itu, Nasrudin dalam kenyataannya berkata ramai pihak yang menghubunginya untuk mendapatkan pandangan kerana kandungan kenyataan Hadi itu didakwa mewujudkan "tunas perpecahan" dalam Pakatan Rakyat.
"Sedang realitinya ini bukanlah polemik yang pertama kali berlaku kepada PAS yang telah berusia lebih separuh abad. Malah sering berlaku kepada Pakatan Rakyat sepanjang usianya.
Tembung 7 kawasan
"Sejarah membuktikan tidak semestinya yang dikritik itu salah lalu ia wajib memenjarakan lidah dan mulutnya dari menjawab balas kritikan tersebut, sebagaimana pengkritik tidak selamanya benar sehingga ia bebas melemparkan kritikan sesedap rasa pada semua orang, keadaan dan masa," katanya.
Ahli parlimen Bukit Katil itu turut menyuarakan kekecewaannya terhadap PAS yang tetap mengeluarkan watikah pelantikan calonnya untuk bertanding kawasan yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
NONEKawasan yang menyaksikan pertembungan PAS dan PKR itu melibatkan tiga kawasan di Terengganu (Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera), masing-masing satu di Pulau Pinang dan Johor (Sungai Acheh dan Panti), dan kerusi parlimen Wilayah Persekutuan Labuan.
Nasrudin yang juga ahli parlimen Temerloh berkata sikap terbuka dan bersedia menerima kritikan bukan bermakna pihaknya mesti diam atau membisu dalam menerima kritikan tersebut.

Sebaliknya, katanya, memberi jawab balas, menangkis serta membuat pencerahan semula terhadap kritikan adalah sebahagian dari kaedah mengurus dan menangani kritikan sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

Sementara itu, Bendahari Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin dilapor menyelar Shamsul Iskandar supaya tidak berlagak sebagai hero dengan mencela Abdul Hadi.

Laporan Berita Harian hari ini memetik Khairil sebagai menasihatkan Shamsul supaya tidak cuba mengajar PAS mengenai konsep tahaluf siyasi, jika gagal memahami maksud sebenar dan syaratnya.

"Jangan jadikan tahalluf siyasi dan peluang menghentam Tuan Guru Presiden sebagai modal untuk berlagak hero di hadapan perwakilan AMK. Jangan mencela Tuan Guru Presiden seolah-olah beliau bercakap mengikut nafsu ketika mengkritik.

"Ia kasar dan biadab untuk dikaitkan dengan tindakan Tuan Guru Presiden," katanya dalam satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment