Menteri
Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yakin Pakatan Rakyat dapat
mempertahankan kerusi parlimen dan menambah sekurang-kurangnya tiga lagi
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum Ahad ini.
Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan Kedah memenangi 11 daripada 15 kerusi Parlimen dan 22 daripada 36 kerusi DUN.
Menurutnya, selain mempertahankan 16 kerusi DUN yang dimenangi pada 2008, PAS boleh mendapat sekurang-kurangnya satu atau dua lagi kerusi tetapi "tertakluk keadaan normal dan tidak ada apa-apa perkara negatif" berlaku.
Manakala PKR yakin menang di "beberapa kerusi" yang mereka kalah sebelum ini, dan DAP yakin dapat menawan kerusi Derga yang pada 2008, menyaksi pertarungan tiga penjuru dengan BN dan PKR.
"Saya lihat peluang (untuk menang) semakin cerah. Saya yakin ada beberapa kawasan (DUN) yang kita tak dapat dulu, kita akan dapat balik.
"Mereka (PKR) boleh menang berdasarkan daripada sokongan dan maklum balas daripada rakyat... Kini (DAP) bertanding dua penjuru, asas dasar itu, kita boleh menang,"
"Saya fikir, kerusi parlimen kita boleh pertahankan, Insya-Allah,"katanya dalam sidang media di kediaman rasminya di Seri Mentaloon.
Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi yang dijangka dimenangi oleh PAS dan PKR kali ini.
Mengulas lanjut, Azizan berkata, setelah Pakatan mentadbir selama lima tahun, semua "andaian negatif" seperti melakukan diskriminasi kaum terhadap pentadbirannya tidak berlaku.
Sebaliknya, tegas beliau, rakyat boleh menilai kesungguhan mentadbir negeri sekalipun berdepan dengan kekangan dan halangan daripada kerajaan pusat.
"Sokongan orang bukan Melayu semakin meningkat pada zahirnya. Yang melampaui jangkauan daripada itu, kita tak tahu. Semua telahan dulu tak betul.
"Rekod kita juga selama lima tahun kerajaan kita tidak rasuah dan tidak menyeleweng hak-hak rakyat," katanya.
Sementara itu, mengulas tuduhan terhadap Timbalan Presiden Mohamad Sabu bahawa beliau "menyokong" Syiah, Azizan berkata seseorang tidak boleh menuduh orang lain tanpa sebarang bukti ataupun meminta Majlis Fatwa Kebangsaan bertemu dengan pemimpin PAS itu.
"Adakah dalam negara kita, tidak boleh jadi ahli politik kerana dia Syiah? Saya bukan nak bela Mat Sabu, tapi kalau dia (pihak) kata Mat Sabu itu Syiah, kalau orang kata hang (kamu) kapitalis, bagaimana?
"Saya pun tak tahu, saya tengok dia (Mohamad) macam saya juga," kata Azizan.

No comments:
Post a Comment