SHAH ALAM 30 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah
Yeoh menyifatkan perlantikan beliau sebagai Speaker bagi Dewan Undangan
Negeri Selangor penggal ini sebagai satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat.
Menurutnya, sejarah itu tercipta ekoran beliau merupakan wanita pertama
dalam sejarah perundangan Malaysia dilantik sebagai speaker DUN.“Pakatan
sekali lagi mencipta sejarah dengan mencalonkan Speaker wanita yang
pertama dalam badan perundangan di Malaysia,” katanya yang terharu
dengan perlantikan tersebut.
Katanya, beliau turut berbangga kerana Pakatan Rakyat di Selangor
berjaya mengangkat darjat wanita dalam perkhidmatan awam.“Pakatan telah
membuktikan komitmen mereka dalam memperjuangkan hak kesaksamaan malah
dijelaskan lagi dengan pemilihan empat Exco wanita dalam pentadbiran
Selangor,” jelasnya dalam kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu beliau juga merakamkan penghargaan kepada pimpinan
Pakatan yang meletak kepercayaan kepada pemimpin muda seperti beliau dan
Timbalannya, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Dengan memilih pemimpin muda seperti saya dan Nik yang usia kurang 35
tahun, Pakatan menunjukkan keyakinan mereka kepada anak muda untuk terus
membangunkan sistem demokrasi di Malaysia,” katanya. keadilandaily
No comments:
Post a Comment