Tuesday, May 28, 2013

Peningkatan besar pengundi baru bagi Sabah untuk pilihan raya 1994, kata SPR kepada RCI


Oleh Boo Su-Lyn May 28, 2013
KOTA KINABALU, 28 Mei — Terdapat peningkatan 103,000 pengundi untuk membuang undi dalam pilihan raya negeri Sabah 1994 yang mana PBS menang tipis, tetapi kehilangan negeri itu kepada Barisan Nasional (BN) tidak berapa lama kemudian oleh kerana beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membelot, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram diberitahu hari ini. 
 
Yusniati Ishak, setiausaha jabatan pendaftaran pengundi di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi keterangan hari ini terdapat 646,719 pengundi layak mengundi untuk pilihan raya 1994, berbanding 543,612 pengundi dalam pilihan raya 1990.
"Saya tidak buat apa-apa kajian," kata Yusniati semasa RCI di sini, apabila diminta untuk menjelaskan peningkatan pengundi sepanjang tahun.

Bekas pengarah JPN Ramli Kamarudin memberitahu RCI pada Januari, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada pendatang untuk mengundi dalam pilihan raya negeri 1994.

Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.
Akan tetapi beberapa ADUN PBS melompat menyertai Barisan Nasional (BN), tidak berapa lama selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh.The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment