GREENBOC

Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman sedang ditenangkan oleh kakitangan Sinar Harian.
Wacana Sinar Harian siri ke-20 semalam sedikit tegang apabila peserta wacana gagal mengawal perasaan ketika sesi soal jawab.
Kehangatan sesi itu bermula apabila peserta pertama Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman bangun dan bertanyakan soalan mengenai maksud kebebasan media kepada Zairil Khir Johari.
Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang tidak mengamalkan kebebasan media seperti mana yang dilaungkan oleh kepimpinan Lim Guang Eng.
"Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang," katanya.
Menjawab persoalan tersebut Zairil yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, memang benar akhbar Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan kerana akhbar tersebut telah menyalahgunakan kebebasan media dengan menyebar fitnah.
"Memang kita mengamalkan kebebasan media dan bukannya mengamalkan kebebasan memfitnah," katanya.
"... sebab itulah Utusan Malaysia banyak memberi dana pilihan raya kepada PR, kerana selalu disaman," sindir beliau.
Sementara itu, Yazid turut mendakwa, nasib pensyarah Melayu di Universiti Malaya (UM) kini semakin terpinggir kerana kemasukan ramai pensyarah Cina di institusi berkenaan.
"Di UM, sejak dua tahun lalu sudah berlaku perubahan besar, di mana pensyarah Melayu mula terpinggir dek kerana kemasukan pensyarah kaum Cina," katanya.
Menjawab persoalan tersebut Zairil mengatakan perlunya ada fakta dan ulasan kukuh berkenaan isu tersebut.
"Perkara ini perlu disertakan dengan fakta yang tepat, jangan terlampau emosi sehingga hilang nilai kewarasan ilmu,"katanya.
Nak tanya Yazid Othman yang sangat prihatin mengenai kebebasan media. Pernah ke TV Radio dan akhbar2 Umno beri ruang kepada pemimpin2 Pakatan Rakyat untuk mengemukakan idea atau menjawab fitnah dan tohmahan Umno dan BN??? Dah tu bila diberi peluang membuat liputan program Pakatan, media ampu bodek Umno ini bukannya melaporkan secara objektif dan faktual, tapi 99% laporannya adalah pembohongan dan fitnah.Mengenai peratus pensyarah Melayu di UM kalau betul seperti didakwanya, kena tanyalah Najib dan Kementerian Pengajian Tinggi dan Naib Canselor pro-Umno universiti. Adakah lantikan pensyarah dibuat oleh DAP atau PAS atau PKR? Kemungkinan juga ia disebabkan pensyarah Melayu lebih banyak ilmu bodek dari ilmu akademik dan kepakaran mereka, hinggakan universiti pun tak mahukan mereka.
ReplyDelete