Seorang
lagi pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan didakwa mengikut Akta
Perhimpunan Aman 2012 atas pembabitan dalam perhimpunan Black 505 bagi
membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya.
Ketua AMK Negeri
Sembilan Nazree Yunus berkata berkata polis memaklumkan kepadanya
mengenai pendakwaan tersebut dan meminta beliau hadir pada jam 8.30 pagi
esok di Mahkamah Sesyen Seremban.
Katanya, beliau pendakwaan itu dijangka dijalankan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memaklumkan kepada polis dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan di Seremban, Negeri Sembilan.
Nazree ketika dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai pendakwaan itu pada jam 4.30 petang ini.

Pendakwaan itu adalah berhubung perhimpunan pada 17 Mei lalu di Oakland Park, Seremban.
No comments:
Post a Comment