myMetro
Singapura: Menurut artikel dalam Annals, jurnal Akademi Perubatan
Singapura, baru-baru ini, seorang daripada tiga individu di negara ini
mendapat tidur yang sedikit hingga menjejaskan kesihatan.
Individu yang tidak dapat tidur secukupnya lebih terdedah kepada kegemukan dan diabetes serta masalah jantung.
Tidur yang tidak mencukupi juga meningkatkan kadar kemalangan kenderaan dan industri. Menurut Profesor Michael Chee dari pusat kognitif neurosains di Sekolah Sarjana Perubatan Universiti Nasional Singapura-Duke.
Chee yang menulis artikel itu memetik angka dari pelbagai kajian yang
dilakukan di peringkat tempatan dan antarabangsa sejak sedekad lalu.
Satu kajian yang bakal diterbitkan dan dijalankan di sini mendapati individu yang tidur selama lima jam atau kurang mempunyai tahap kalsium atreri koronari yang tinggi yang meningkatkan risiko serangan jantung.
“Ia sudah diketahui di tempat lain, tetapi apabila anda melihatnya di kalangan masyarakat sendiri, ia membuatkan anda berfikir dua kali,” katanya.
Orang dewasa memerlukan tujuh hingga tujuh jam setengah waktu tidur.
Paling kurang pun enam jam walaupun tempoh itu masih menjejaskan
keseluruhan prestasi, kata Chee, seorang pakar neurologi yang sudah
menjalankan kajian mengenai bagaimana kekurangan tidur boleh menjejaskan
otak. - Straits Times
No comments:
Post a Comment