Wednesday, May 15, 2013

Tiada rancangan demonstrasi jalanan, tetapi protes tempat tertutup berterusan

Oleh Syed Jaymal Zahiid
May 15, 2013

PETALING JAYA, 15 Mei — Pakatan Rakyat (PR) hari ini menjauhkan diri dari desakan untuk demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 tetapi mengatakan akan meneruskan perhimpunan tempat tertutup bagi memberikan peluang kepada pengundi untuk “menyuarakan kemarahan” mereka terhadap tuduhan kecurangan pilihan raya 5 Mei lalu.

Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengatakan desakan untuk PR menganjurkan demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah cadangan dari NGO dan bukan pendirian rasmi gabungan tersebut.
“Ini hanyalah cadangan dan tidak pernah dibangkitkan kepada kepimpinan dan bukan sesuatu yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan,” kata beliau dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden PR di sini.

Koordinator Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim bersetuju dengan pandangan tersebut seperti dilaporkan oleh Free Malaysia Today mengatakan pengundi seharusnya menjatuhkan BN melalui demonstrasi jalanan.
PR telah berulang kali mengatakan Pilihan Raya 2013 telah dicemari dengan penipuan besar-besaran.

Awal hari ini The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PR telah mengakui perhimpunan awam selepas Pilihan Raya 2013, walaupun disokong secara besar-besaran, tidak lama lagi akan kehabisan tenaga dan tidak akan memberikan kesan untuk mengubah keputusan pilihan raya baru berakhir itu.

Disebalik tuntutan untuk diadakan pilihan raya semula, ahli Parlimen PR baru dilantik mengatakan acara tersebut hanyalah bertujuan mengekalkan momentum bagi pembangkang untuk memberi peringatan kepada rakyat Malaysia, majoriti 51 peratus pengundi telah menolak BN, walaupun gabungan itu kembali berkuasa.

Mereka bersetuju sedang berada dalam pertempuran kalah kemungkinan direncanakan untuk mereka, walaupun mengakui kewujudan saluran undang-undang bagi mencabar keputusan di kawasan-kawasan tertentu di mana mereka percaya mempunyai bukti penipuan mencukupi.

Anwar, walau bagaimanapun, menegaskan perhimpunan penting sebagai tempat untuk pengundi menyuarakan kemarahan mereka terhadap penipuan pilihan raya yang itu.
"Kita mesti benarkan rakyat menyuarakan rasa meluat mereka," katanya.

PR gagal merampas Putrajaya pada pilihan raya 5 Mei minggu lepas dengan majoriti kecil, mendapat 89 kerusi Parlimen berbanding BN 133, lebih tujuh kerusi berbanding dengan apa yang mereka perolehi pada Pilihan Raya 2008.

Akan tetapi gabungan pembangkang itu mengadu ditipu apabila keputusan keseluruhan gagal untuk mencerminkan trend undi popular, menyaksikan PR mendapat 51 peratus berbanding BN 48 peratus, keputusan yang mereka dipersalahkan atas amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan penipuan undi oleh musuh-musuh politik mereka.

Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan rancangan untuk bersara secara serta merta dan mengadakan bantahan keputusan pilihan raya, mengetuai pasukannya dalam beberapa siri perhimpunan untuk membuktikan majoriti daripada pengundi Malaysia menyokong mereka.

Selepas mengetuai bantahan di Petaling Jaya dan Pulau Pinang, PR mengadakan perhimpunan ketiga di Ipoh, hujung minggu lalu, dimana Anwar berikrar tidak akan mengalah sehingga keputusan pilihan raya disahkan dan dakwaan PR mereka sekarang ini seharusnya berada di Putrajaya.The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment