KUALA
LUMPUR, 7 Jun — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan
memboikot taklimat Parlimen Selasa depan sebagai tindakan simbolik untuk
menunjukkan ketegasan mereka untuk mendesak reformasi pilihan raya.
Anthony Loke (gambar) dari DAP mengesahkan keputusan
itu, dibuat awal minggu ini oleh Majlis Pimpinan PR, dan mengatakan
langkah itu hadir di belakang rentetan perhimpunan diadakan di seluruh
negara untuk memprotes Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan
penipuan untuk memenangi Pilihan Raya 2013.
Beliau mengatakan gabungan itu juga merancang perhimpunan raksasa di
Padang Merbok Sabtu minggu hadapan dan menghadiri taklimat itu dilihat
bercanggah dengan tujuan perhimpunan.
“Majlis Pimpinan PR merasakan kita perlu mengenakan tekanan sebanyak
mungkin yang kita boleh lakukan bagi memastikan kerajaan memberi respon
kepada tuntutan kita untuk reformasi pilihan raya.
“Jadi pada ketika ini, kita rasa kita tidak perlu hadir taklimat itu…
pada masa sama, kita merancang perhimpunan besar, jadi, pada masa sama,
kita tidak harus hadir taklimat itu,” katanya apabila dihubungi di
sini.
Ahli Parlimen Seremban itu walau bagaimanapun menegaskan kegagalan
untuk hadir taklimat itu tidak akan menjejaskan kedudukan wakil rakyat
PR di Parlimen kerana kedatangan adalah tidak wajib.
Beliau menerangkan taklimat itu bermaksud untuk ahli Parlimen penggal
pertama diberikan penerangan mengenai perkara teknikal termasuk peranan
di Dewan Rakyat seperti bagaimana untuk membuat usul, undang-undang
Standing Order dan urusan pentadbiran lain.
Apabila ditanya apakah kepimpinan PR merancang untuk melanjutkan
boikot mereka sehingga sidang Parlimen pertama pada 26 Jun ini walau
bagaimanapun, Loke berkata, “Saya tidak fikir begitu.”
Ahli Parlimen Pandan PKR Rafizi Ramli juga mengesahkan beliau telah
dimaklumkan mengenai boikot taklimat tetapi mengatakan ia tidak
bermaksud untuk menjadi langkah publisiti oleh pakatan pembangkang
persekutuan.
Pendangan beliau senada dengan Loke, mengatakan PR masih lagi di
tengah-tengah kempen menentang penyelewengan didakwa dilakukan oleh
pihak berkuasa dalam Pilihan Raya 2013.
“Kita juga tidak mahu memberikan peluang kepada BN untuk mengubah
maksud dan berkata PR menentang penipuan dan membawa bukti kepada orang
awam, kami juga bersemangat untuk menjadi ahli Parlimen.
“Tetapi bagaimanapun, ia hanyalah taklimat pentadbiran… tumpuan kami
adalah melawan penipuan untuk reformasi sebenar dalam sistem,” katanya.
Pemimpin PR telah mendakwa Pilihan Raya 2013 dipenuhi dengan
kecurangan, bermula dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal
sehingga percanggahan dalam daftar pengundi dan penipuan secara
terang-terangan pada hari mengundi itu sendiri melalui dakwaan
penggunaan pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus.
Sebaik sahaja pilihan raya 5 Mei berakhir, Rafizi membuat beberapa
siri pendedahan apa yang beliau dakwa sebagai penipuan sebagai tekanan
daripada pembangkang untuk kepada Putrajaya untuk melakukan reformasi
pilihan raya, bermula dengan melengkapkan pembaharuan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).
Pengarah Strategi PKR juga mendedahkan baru-baru ini ketiga-tiga
parti PR mengesahkan untuk memfailkan 41 petisyen pilihan raya — tiga
oleh DAP, 20 oleh PKR dan 18 oleh PAS — sebelum tarikh akhir 12 Jun.
Menurut Rafizi, sekurang-kurangnya 30 kerusi perlu diadakan pilihan
raya semula kerana terdapat manipulasi undi yang tinggi di
kawasan-kawasan pilihan raya ini. PR telah menang 89 kerusi berbanding
BN 133 dalam pilihan raya 5 Mei.
Akan tetapi selain daripada petisyen di mahkamah, PR dan kumpulan
masyarakat sivil lain telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran
selepas 5 Mei untuk mendesak agenda reformasi, meletakkan tiga syarat
utama dengan pertama mensyaratkan peletakkan jawatan semua anggota SPR
kerana kegagalan untuk memastikan Pilihan Raya 2013 bebas dan adil.
Perhimpunan “Black 505” seperti yang digelar, juga dikhaskan sebagai
gerakan untuk membantah kecurangan seperti didakwa PR semasa pilihan
raya, menyaksikan BN terus berkuasa walaupun kehilangan undi popular. TMI
No comments:
Post a Comment