myMetro
Melaka: Anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen bukan hanya terpaksa
memecahkan pintu, malah turut menyaksikan ‘lakonan’ beberapa ‘minah
urut’ warga asing yang berpura-pura tidur dalam keadaan wajah masih
dipenuhi solekan ketika pemeriksaan dijalankan di sebuah pusat urut di
Taman Melaka Raya, di sini, kelmarin.
Tidak cukup dengan itu, beberapa rakan mereka dikatakan turut
bersembunyi di dalam almari dan ada yang cuba meloloskan diri menerusi
pintu belakang premis berkenaan bagi mengelak dicekup.
Cubaan 17 wanita asing itu tidak berjaya apabila ditahan pihak berkuasa yang mengepung bangunan tiga tingkat yang menempatkan dua pusat urut berasingan itu pada jam 9.30 malam.
Serbuan dilakukan sepasukan 15 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen
negeri diketuai Timbalan Pengarah Penguatkuasaannya Salmah Omar dan Mohd
Yusof Hashim yang melakukan serbuan di tiga lokasi berasingan di
sekitar Melaka Tengah.
Dalam operasi berakhir jam 3 pagi semalam itu, seramai 22 individu termasuk 18 wanita asing berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan kerana melanggar syarat pas dan menetap di negara ini secara tidak sah.
Selain tiga lelaki asing lain, seorang lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan kerana bersubahat dan membabitkan diri dalam komplot untuk melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.
No comments:
Post a Comment