Utusan Malaysia selagi
lagi menerima kritikan keras daripada kerajaan Pulau Pinang kerana
"berbohong" berhubung penurunan harga kereta sebagai sebahagian langkah
memenuhi janji pilihan raya BN.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Akhbar milik Umno hari ini berkata, kandungan harian itu tidak boleh dipercayai.
"Utusan berbohong apabila berkata kerajaan persekutuan memenuhi janji pilihan raya dengan menyediakan harga kereta lebih murah." kata Lim dalam sidang media hari ini.
"Tetapi syarikat kereta akhirnya tampil menyangkal laporan itu," katanya, merujuk kepada penafian Volkswagen dan Peugeot Malaysia di laman Facebook masing-masing.
"Ini sesuatu yang serius dan pihak berkuasa patut bertindak terhadap Utusan. Nampaknya kita tidak boleh percaya apa pun yang ditulisnya, barangkali yang boleh dipercayai hanya tarikh akhbar itu," sindirnya.
Pada 10 Jun lalu, Utusan melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.
Harian itu juga melaporkan, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.
Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2007.
Volkswagen Malaysia menjelaskan, harga modelnya Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan dengan harga RM157,888.
Manakala Peugeot pula berkata, mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel itu. Menurut pengeluar kereta Perancis itu juga, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308.
"Setakat pengetahuan kami, tiada dasar berhubung sebarang harga baru," jelas Peugeot Malaysia di Facebook lagi.

No comments:
Post a Comment