Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham (gambar) yang berumur 65 tahun hari ini bersara pagi ini.
Dua hari lalu, beliau membuat penghakiman mengatakan Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab terhadap kematian A.
Kugan tiga tahun lalu semasa berada dalam tahanan polis.
Singham yang masih bujang merupakan hakim paling kanan di Mahkamah Tinggi pada ketika ini.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider Singham yang dikenali
sebagai seorang hakim yang tegas telah dihalang untuk menaikkan pangkat
beberapa kali.
Ramai dari rakan-rakan seangkatannya telah dijadikan Pesuruhjaya
Kehakiman lebih 10 tahun lalu, dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Persekutuan.
The Malaysian Insider difahamkan beliau telah menghantar surat untuk bersara tidak lama dahulu.
Singham sendiri mendiamkan diri mengenai persaraannya pagi ini dan
berurusan seperti biasa dan melayan pemberita yang mahukan penghakiman
bertulisnya dalam kes Kugan dimana beliau menganugerahkan ibu kepada
mengsa lebih RM800,000.
Singham dianggap sebagai “orang yang baik untuk dijadikan rujukan.”
Beliau merupakan seorang peguam sebelum beliau menjadi pesuruhjaya
kehakiman. Beliau juga pernah berkhidmat sebentar sebagai seorang
wartawan. - 28 Jun, 2013.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment